ketenangan itu..
hadir atas kurniaan Allah.. hadir atas kehendakNya
Allah! syukur, kini hati ini lebih tenang.. alhamdulillah..
tiada lagi tangisan penyesalan atas tindakan bodoh yang telah dilakukan..
sungguh..
untuk melakukan sesuatu perubahan itu, bukan hanya memerlukan jiwa yang kental
tapi memerlukan iman yang kuat, hati yang jitu
dan niat hanya satu, to please Him, the Almighty..
Bloggieee..
Ingin sekali aku kongsikan, apa yang aku rasa kini
namun, aku xreti menyusun kata,
namun, apa yg mampu aku katakan..
letaklah segalanya di jalan Allah.. belajarlah untuk bersyukur
belajar untuk redha atas segala perkara yang telah berlaku
tiada istilah kalau dalam kamus kehidupan kita
tiada istilah jika aku begini.. jika aku buat begitu..
percayalah setiap kali ianya terdetik di hati kita
ianya adalah salah satu cara Allah cuba untuk menguji
sekuat mana keimanan kita, sekuat mana determination kita
untuk menangkis, menepis segala anasir2 luar..
Allah..
aku percaya setiap apa yang berlaku
semuanya telah ditakdirkan, dan aku tak mahu ingatinya lagi
tidak mahu berpaling lagi kepada apa yg telah aku lakukan
tiada lagi kekecewaan.
kerana aku percaya kepadaMu..
andai aku perbaiki diri aku, andai aku melengkapkan diri aku
aku percaya hidup aku akan lebih diuji dari sekarang
dan, Allah, aku tahu, ujian yang datang
adalah untuk meletakkan aku di tahap yang lebih tinggi
di sisiMu Ya Allah..
dan itulah yang akan aku usahakan..
aku hanya akan berdoa, dan aku mengharapkan yang terbaik untuk diri ini
insyaAllah, jika baik segalanya
insyaAllah, Engkau akan permudahkan segalanya
aku percaya itu.
No comments:
Post a Comment